KL-BOWLCLUB
Tujuan dan Matlamat Penubuhan Kelab

HOME

Tujuan dan Matlamat Penubuhan Kelab
Penggredan pemain boling
Pendaftaran Menjadi Ahli
Alamat Perhubungan dan Surat Menyurat
Jadual Pertandingan dan Program
Tips Boling
Berita Boling
Links
Kaedah dan Cara-cara bermain boling

Tujuan faedah dan matlamat penubuhan kelab ini adalah:

TUJUAN DAN FAEDAH KEAHLIAN

*Melatih pemain-pemain boling supaya dapat bermain boling dengan baik dan mengikut peraturan permainan boling.
*Menguji bakat pemain boling dengan mengadakan pertandingan sesama ahli atau bukan ahli
*Menaja ahli-ahli yang terpilih untuk menyertai pertandingan di dalam atau di luar negara
*Membuat lawatan sambil mengadakan pertandingan di dalam atau di luar negara.
*Membeli bola dan peralatan boling dengan mendapat diskaun istimewa di kedai-kedai (proshop) yang diiktiraf oleh Kelab.
*Mendapat potongan harga bermain boling di pusat-pusat boling yang diiktiraf oleh Kelab.
*Mengadakan liga khusus untuk ahli-ahli.
*Diskaun bayaran penyertaan sebanyak 10% kepada ahli sekiranya menyertai pertandingan anjuran KL BOWL CLUB.
*Ahli kelab akan diberikan ganjaran sebanyak RM1000 sekiranya berjaya membuat perfect game(10 pins) pada mana-mana kejohanan liga ataupun pertandingan yang diiktiraf oleh KL BOWL CLUB.
 

MATLAMAT PENUBUHAN

1.Mencernakan sukan boling di Malaysia
2.Melahirkan bakat-bakat baru untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa
3.Membentuk pemain boling muda untuk menjadi pemain yang profesional
4.Menemukan pemain lama dan baru untuk bertukar-tukar pengalaman
5.Menjadikan sukan boling sebagai satu sukan yang mempunyai masadepan
6.Mewujudkan perpaduan antara kaum
7.Mewujudkan semangat kesukanan
8.Pengisian dimasa lapang untuk mengelak daripada gejala yang tidak sihat
9.Sebagai pilihan untuk 'Indoor Games'
10.Menjadikan rakyat Malaysia yang cergas

KL BOWL CLUB